Sunday, November 20, 2011

Program Menuju IPT 2014 (IPT2014) -Khusus Untuk Ting 4-2012

PENGENALAN
Program Menuju IPT 2014 atau ringkasnya IPT-2014 adalah sebagai persediaan kepada para pelajar yang akan memasuki Ting 4 pada tahun 2012, khususnya yang akan mengambil jurusan Sains Tulen.
Ia dianjurkan oleh IKRAMTeens, Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Kulim. Program ini merupakan satu pakej yang merangkumi:
Kelas Akademik- Fokus kepada Matematik Tambahan
Bacaan al-Quran dan Kelas Kefahaman Islam
Slot Motivasi –Fokus kepada pembinaan kepimpinan
Ceramah Kerjaya – pendedahan kepada bidang yang berpotensi pada masa hadapan
Program ini berbentuk ‘touch&stay’ iaitu peserta akan dipantau dan ditarbiah sehingga memasuki IPT secara berterusan

OBJEKTIF
1.Mendedahkan teknik pembelajaran Sains dan Matematik yang betul
2.Membimbing pelajar supaya memahami dan menghayati Islam Sebagai Satu Cara Hidup
3.Membina jatidiri sebagai remaja Muslim sebagai persediaan menjadi pemimpin masyarakat pada masa hadapan

TARIKH
: 28 Nov – 1 Dis. 2011 DAN 5-8 Disember 2011

MASA : 8.00 pagi – 12.30 t.hari

TEMPAT : Bilik Seminar, Pejabat IKRAM Malaysia Daerah Kulim
302, Jalan Mewah 8, Taman Mewah, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman
(Bangunan kedai sebelah kanan sebelum susur masuk lebuh raya BKE dari arah Kulim menghala ke Lunas)

ANJURAN : IKRAMTeens, Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia,Daerah Kulim

YURAN: RM 100.00 seorang-untuk 32 jam Pendaftaran berkumpulan (≥3 orang) akan diberikan diskaun RM 10.00/orang (Termasuk : Kudapan -Modul Kursus-Sijil Penyertaan
dan Cenderahati)

PENGISIAN PROGRAM SETIAP HARI
0800 – 0830 : Bacaan al-Quran & Tazkirah

0830 – 1000 : Kelas Akademik

1000 – 1030 : Rehat (Kudapan & Solat Dhuha)

1030– 1200 : Kelas Akademik

1200 – 1230 : Slot Motivasi/Pendedahan Kerjaya

1230 : Bersurai

KANDUNGAN MODUL:

Kelas Akademik – Asas Matematik Tambahan
Bacaan al-Quran – Bacaan dan Hafazan Juzu’ 30
Tazkirah- Asas-Asas Islam
Motivasi- Kepimpinan, Teknik Belajar dan Kerjaya

KEISTIMEWAAN:
Program yang interaktif,
Penggunaan IT dan Multimedia tenaga pengajar yang berpengalaman,
bilik berhawa dingin,
Modul yang dipermudahkan dengan penekanan kepada asas S & M.
Bilangan peserta yang terhad
Automatik menjadi ahli Kelab Remaja IKRAMTeens

CARA MENDAFTAR:
Boleh daftar melalui SMS 013-4530359 (HANYA BERI NAMA PELAJAR-KEMUDIAN ANDA DIHUBUNGI)
atau email: ikramkulim@gmail.com

SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA HUBUNGI - cikgu zainol :013-453 0359

APA ITU IKRAMTeens

IKRAMTeens ialah sebuah kelab remaja yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan potensi diri remaja dan bernaung di bawah PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Misi Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Motto
 
“Menyerlah Jauh Daripada Biasa”
IKRAMTeens berhasrat melahirkan remaja yang sentiasa berkualiti dari aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepimpinannya, Remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya member manfaat yang banyak buat ummah dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, Kreatif, inovatif dan berinisiatif.

Objektif
● Menggerakkan remaja ke arah penghayatan islam yang tulen dan sejati serta berakhlak mulia
● Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri islamik, unggul dan kontemporari bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
● Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara. ● Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusi nya.

Wednesday, October 12, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

IKRAM Daerah Kulim mengucapkan selamat mengerjakan Ibadah haji kepada Ustaz Ahmad Shahimi Senawi selaku AJK IKRAM Kulim (Khidmat Masyarakat) merangkap AJK IKRAM Negeri Kedah bersama isteri, Ustazah Adibah Ahmad.

Mereka berlepas daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas pada 7 Oktober 2011. Moga mereka berdua mendapat haji yang mabrur.

Friday, August 5, 2011

Multaqa Jun 2011






Multaqa bulanan ini dijalankan pada 23 Jun 2011 di pejabat IKRAM Kulim dengan Ustaz Sayuti meneruskan bacaan Kitab Riadhus solehin , Hadis 21, bab Taubah yang panjang.


Sebahagian dari hadis tersebut ialah:

21. Dari Abdullah bin Ka'ab bin Malik dan ia - yakni Abdullah -adalah pembimbing
Ka'ab r.a. dari golongan anak-anaknya ketika Ka'ab - yakni ayahnya itu - sudah buta matanya,
katanya: "Saya mendengar Ka'ab bin Malik r.a. menceriterakan perihal peristiwanya sendiri
ketika membelakang - artinya tidak mengikuti - Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk."
Ka'ab berkata: "Saya tidak pernah membelakang - tidak mengikuti - Rasulullah s.a.w.
dalam suatu peperanganpun kecuali dalam peperangan Tabuk. Hanya saja saya juga pernah
tidak mengikuti dalam peperangan Badar, tetapi beliau s.a.w. tidak mengolok-olokkan
seseorangpun yang tidak mengikutinya itu - yakni Badar. Hanyasanya Rasulullah s.a.w.
keluar bersama kaum Muslimin menghendaki kafilahnya kaum Quraisy, sehingga Allah
Ta'ala mengumpulkan antara mereka itu dengan musuhnya dalam waktu yang tidak
tertentukan. Saya juga ikut menyaksikan bersama Rasulullah s.a.w. di malam 'aqabah di
waktu kita berjanji saling memperkokohkan Islam dan saya tidak senang andaikata tidak
mengikuti malam 'aqabah itu sekalipun umpamanya saya ikut menyaksikan peperangan
Badar dan sekalipun pula bahwa peperangan Badar itu lebih termasyhur sebutannya di
kalangan para manusia daripada malam 'aqabah tadi. Perihal keadaanku ketika saya tidak
mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk ialah bahwa saya sama-sekali tidak
lebih kuat dan tidak pula lebih ringan dalam perasaanku sewaktu saya tidak mengikuti
peperangan tersebut. Demi Allah saya belum pernah mengumpulkan dua buah kendaraan
sebelum adanya peperangan Tabuk itu, sedang untuk peperangan ini saya dapat
mengumpulkan keduanya. Tidak pula Rasulullah s.a.w. itu menghendaki suatu peperangan,
melainkan tentu beliau berniat pula dengan peperangan yang berikutnya sehingga sampai
terjadinya peperangan Tabuk.....hingga akhir hadis

Friday, May 20, 2011

MULTAQA ILMU IKRAM KULIM MEI










Program Multaqa bulan Mei mencatat rekod kehadiran melebihi 50 orang dengan kehadiran beberapa muka baru. Multaqa kali ini sekali lagi ditaja oleh salah seorang ikhwah untuk jamuan iftar.

Pengisian Riadhus Solehin sekali lagi disampaikan oleh al-Fadhil Ust Sayuti dari hadis 19 - 23 , bab Taubah. Hadis ke 21 ditinggalkan untuk dibincang secara khusus dalam multaqa akan datang kerana hadis ini terlalu panjang.

SUKAN IKRAM NEGERI KEDAH—IKRAM KULIM NAIB JOHAN KESELURUHAN


















Sukan ini buat julung kalinya setelah setahun IKRAM Kedah dilancarkan telah dijalankan di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani pada 17 Mei 2011 sempena cuti hari Wesak. IKRAM Sungai Petani yang menjadi tuan rumah telah berjaya melaksanakan dengan baik walaupun notis yang diberikan agak singkat.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah bolasepak , sepak takraw (bulatan dan gelanggang), ping pong, bola tampar dan bola jarring. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategoro iaitu veteran (>35 tahun), terbuka, sekolah menengah dan sekolah rendah. Disamping itu terdapat juga program untuk anak-anak iaitu pertandingan mewarna.

IKRAM Kulim yang menghantar peserta seramai 80 orang termasuk anak-anak berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan walaupun bilangan peserta tidak seramai daerah lain. Pasukan veteran lelaki Kulim memang amat menyerlah kerana telah menjadi johan dalam bole sepak , sepak takraw gelanggang ,bulatan, dan ping pong. Kita juga mendapat johan dalam kategori terbuka iaitu sepak takraw gelanggang, sepak takraw bulatan dan bola tampar wanita veteran.

Selain itu kita juga berjaya memperolehi beberapa pingat perak iaitu sepak takraw menengah, bola tampar lelaki veteran, bola tampar lelaki terbuka, bola jaring wanita veteran dan bola tampar terbuka wanita.

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan termasuk rakan-rakan IKRAM yang sudi menyertai IKRAM Kulim dalam beberapa acara. Setinggi ucapan terima kasih kepada ikhwah Serdang kerana menguruskan peserta remaja dan belia khususnya dalam membantu acara sepak takraw dan bola tampar. Begitu juga kepada Sdr Saad (INTEL) yang membantu dalam acara ping pong.

Moga semangat yang ditunjukkan dalam Sukan IKRAM ini dapat diteruskan dalam proram IKRAM yang lain dan yang pentingnya memastikan mereka yang belum berada dalam sistem tarbiah dimasukkan ke dalam usrah dan seterusnya menjadi ahli IKRAM Kulim.

Perjumpaan AJK Wanita IKRAM IKRAM Pusat Dengan Wanita Kedah


Majlis ini diadakan pada 14 Mei 2011 di Dewan PPAI, Sungai Petani bermula jam 9.00 pagi. Wanita IKRAM Kulim diwakili oleh 9 orang dengan diketuai oleh Ketua Wanita IKRAM Kulim, Ustazah Latifah Abdullah.

AJK Wanita IKRAM Pusat hadir seramai 3 orang dengan diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

KURSUS SPI


Kursus Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) untuk AJK Negeri dan Daerah telah diadakan di Bilik Seminar PPAI, Sungai Petani pada 11 Mei 2011 yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Akhi Mohd Yaacob , Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat dan Akhi Salleh yang membina sistem ini.

Program yang bermula jam 9.00 malam dimulai dengan ucapan YDP IKRAM Kedah dan diikuti taklimat oleh Saudara Yaacob dan Salleh. Selepas itu latihan amali dengan 'key in' borang permohonan mengikut daerah masing-masing. Majlis berakhit pada jam 12.00 tengah malam.

Kuliah Tauhid Zindani- Ustaz Syazali HIrman.






Kuliah pertama dijalankan pada 4 Mei yang lalu.Amat menarik. InsyaAllah akan berjalan pada setiap Rabu malam Khamis, minggu pertama setiap bulan. Penyampai oleh Ustaz Syazalie Hirman , IKRAM SPU yang juga ahli DPN. Bekas anak murid Sheikh Abd Majid sendiri ketika menuntut di Universiti Iman, Yaman. Kuliah akan dating, insyaAllah pada 1 Jun 2011. Program bermula dengan solat Maghrib dan berakhir jam 10.00 malam.

Penyampaian dengan berbantukan slide dan klip video amat membantu untuk memudahkan ke

fahaman terhadap idea dan ilmu yang hendak disampaikan.

Multaqa April







Multaqa kali ini diteruskan oleh al-Fadhil Ustaz Sayuti Ramli dengan meneruskan Kitab Riadhus Solehin. Hadis yang dibincang ialah bab Ikhlas ( hadis 9-12 ) dan disambung dengan bab Taubah (hadis 13-18).

Seperti biasa majlis ini dimulakan dengan iftar jamaie dan kali ini disponsor oleh salah seorang ikhwah. Selepas penyampaian Ustaz, IKRAM Kulim telah menyerahkan kutipan untuk pembinaan Sekolah Rendah al-Azhar sebanyak RM30 000 yang dikutip oleh ahli-ahli IKRAM Kulim dan juga sahabat IKRAM Kulim.

Upacara sumbangan juga diberikan kepada sahabat yang ditimpa musiabah kehilangan motosikal dan juga sumbangan kepada saudara baru di IPTB Bukit Mertajam. Untuk program multaqa kali ini juga ada beberapa sahabat yang datang buat kali pertama. Alhamdulillah.

Monday, April 18, 2011

MPN IKRAM Kedah







Mesyuarat Perwakilan IKRAM Negeri Kedah (MPN) telah selamat berlangsung pada 16 April lalu di Bilik Seminar SMAI, Sungai Petani dan dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust. Dr. Sheikh Mohd Parid Hj Ahmad.

Mesyuarat yang bermula jam 5.00 petang itu dihadiri oleh semua perwakilan daerah Kubang Pasu, Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan Kulim.

mesyuarat berakhir pada jam 9.00 malam itu meluluskan satu usul untuk dibawa ke Pusat iaitu tentang fitnah seks yang semakin berleluasa kini, supaya IKRAM menyatakan pendirian dalam media masa arus perdana negara.