Friday, February 25, 2011

Mulataqa Ilmu Februari 2011




Majlis ini diadakan pada 17 Februari 2011 di Pejabat IKRAM Kulim dengan dimulai Majlis Berbuka Puasa secara berjamaah.

Program kali ini diisi semula oleh Al-Fadil Ust Sayuti Ramli dengan kitab Riadhus Solehin , bab Ikhlas, hadis ke 6- hadis ke-9. Banyak perkara disentuh oleh Ustaz dalam mengupas ke-3mpat hadis tersebut. Antara yang menarik bila mana ustaz mengupas hadis ke 7, "

Dari Abu Hurairah, yaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim)

Di mana ustaz menegur mereka yang berjuang atas nama bangsa, kerana bangsa bukan pilihan kita , seperti mana jasad dan rupa kita.

Selepas penyampaian ustaz ,Sdr Mohd Jaafar Salleh, selaku Pengurus Projek sekolah Rendah al-Azhar telah membentangkan tentang projek pembinaan sekolah rendah al_azhar yang memerlukan dana sebanyak 2 juta bagi pembinaan baru sekolah Rendah al-Azhar.

Ikhwah Kulim diminta mencari dana sekurang-kurangnya RM 20K dalam masa sebulan ini. Sdr Md. Razhi hassan diminta menjadi koordinator bagi pengumpulan dana daerah Kulim.

Multaqa akan datang pada 17 Mac 2011, IKRAM Kulim perlu menyerahkan RM 20K kepada Sekolah al-Azhar. Moga semua ikhwah dan akhawat Kulim dapat mencapai target yang telah ditetapkan itu.

Rehlah IKRAM Kulim












Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya di Air Putih Serdang pada 15 Februari 2011 sempena cuti Maulidur Rasul walaupun kehadiran hanya seramai 26 orang ( 6 keluarga + 4 orang yang belum berkeluarga)

Program di bawah arahan Sdr Mohd Razi Ismail ini melibatkan aktiviti taaruf keluarga, BBQ ayam dan ikan, kuiz, makan durian dan diakhiri dengan sesi refleksi.

Daripada sesi refleksi, memang banyak pengajaran boleh diambil dan dikaitkan dengan keperluan hidup berjamaah. Rata-rata ahli mengharapkan program sebegini diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai supaya rukun usrah taaruf, tafahum dan takaful itu boleh tercapai.

Friday, February 4, 2011

Memo Kepada USA Sempena Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir




BERSAMA MENYAMBUT ERA DEMOKRASI DI MESIR

Memorandum kepada Amerika Syarikat

4 Februari 2011

Kami, rakyat Malaysia yang prihatin, penegak kebenaran, kebebasan, keadilan, hak asasi manusia dan demokrasi, percaya bahawa pergolakan di Mesir sekarang ini mesti berakhir dengan kemuncak tuntutan rakyat Mesir dipenuhi.

Selepas tiga dekad pemerintahan yang zalim, rakyat Mesir tanpa mengira kepercayaan agama, kedudukan sosial atau kumpulan sekutu telah membuat tuntutan dasar untuk perubahan rejim. Hosni Mubarak mesti meninggalkan takhta presidennya segera.

Inilah satu-satunya tuntutan yang dibawa semasa Perarakan Sejuta Manusia ("million man march") pada 1 Februari 2011. Peristiwa seterusnya telah menjadi semakin buruk dengan tindakan ganas yang dimulakan oleh penyokong Hosni Mubarak ke atas perhimpunan aman di Medan Tahrir. Keganasan ini boleh merebak.

Amerika Syarikat jelas mempunyai pengaruh yang besar ke atas Hosni Mubarak. Sudah tiba masanya bagi Amerika untuk menyatakan pendiriannya, tanpa syarat, bahawa Mubarak mesti berundur. Peralihan dan transisi yang baik ("the orderly transition") mesti bermula dengan Hosni Mubarak berundur. Dengan cara itu sahajalah Amerika Syarikat boleh mendakwa bahawa ia mendengar suara rakyat Mesir.

Rakyat Mesir berhak kepada perubahan rejim. Rakyat Mesir berhak kepada kebebasan, hak untuk menentukan dan membina masa depan mereka sendiri.

Kami dengan ini, atas semangat solidariti bersama rakyat Mesir, menuntut perkara-perkara berikut:

  1. Bahawa Hosni Mubarak mesti berundur serta merta;

  1. Bahawa Amerika Syarikat mesti menggesa agar Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan serta merta;

  1. Bahawa Masyarakat antarabangsa bertindak untuk:

    1. memastikan keganasan tidak berlarutan,
    2. memberi tekanan ke atas Hosni Mubarak untuk meninggalkan takhta persidennya serta merta,
    3. meminta agar kerajaan perpaduan ("government of national unity") ditubuhkan yang akan berperanan sebagai "care taker",
    4. membantu mengadakan pilihanraya adil dan saksama yang diselia oleh pihak antarabangsa;

  1. Bahawa semua rejim yang zalim terutama di Timur Tengah mesti mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku dan mendengar suara rakyat mereka

Parti-parti politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Rakyat Malaysia yang Prihatin

Demo Menyambut Era Demokrasi Di Mesir