Friday, May 20, 2011

SUKAN IKRAM NEGERI KEDAH—IKRAM KULIM NAIB JOHAN KESELURUHAN


















Sukan ini buat julung kalinya setelah setahun IKRAM Kedah dilancarkan telah dijalankan di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani pada 17 Mei 2011 sempena cuti hari Wesak. IKRAM Sungai Petani yang menjadi tuan rumah telah berjaya melaksanakan dengan baik walaupun notis yang diberikan agak singkat.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah bolasepak , sepak takraw (bulatan dan gelanggang), ping pong, bola tampar dan bola jarring. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategoro iaitu veteran (>35 tahun), terbuka, sekolah menengah dan sekolah rendah. Disamping itu terdapat juga program untuk anak-anak iaitu pertandingan mewarna.

IKRAM Kulim yang menghantar peserta seramai 80 orang termasuk anak-anak berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan walaupun bilangan peserta tidak seramai daerah lain. Pasukan veteran lelaki Kulim memang amat menyerlah kerana telah menjadi johan dalam bole sepak , sepak takraw gelanggang ,bulatan, dan ping pong. Kita juga mendapat johan dalam kategori terbuka iaitu sepak takraw gelanggang, sepak takraw bulatan dan bola tampar wanita veteran.

Selain itu kita juga berjaya memperolehi beberapa pingat perak iaitu sepak takraw menengah, bola tampar lelaki veteran, bola tampar lelaki terbuka, bola jaring wanita veteran dan bola tampar terbuka wanita.

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan termasuk rakan-rakan IKRAM yang sudi menyertai IKRAM Kulim dalam beberapa acara. Setinggi ucapan terima kasih kepada ikhwah Serdang kerana menguruskan peserta remaja dan belia khususnya dalam membantu acara sepak takraw dan bola tampar. Begitu juga kepada Sdr Saad (INTEL) yang membantu dalam acara ping pong.

Moga semangat yang ditunjukkan dalam Sukan IKRAM ini dapat diteruskan dalam proram IKRAM yang lain dan yang pentingnya memastikan mereka yang belum berada dalam sistem tarbiah dimasukkan ke dalam usrah dan seterusnya menjadi ahli IKRAM Kulim.

No comments:

Post a Comment