Sunday, January 30, 2011

Mulataqa Ilmu Januari 2011






Multaqa Ilmu Bulanan IKRAM Kulim untuk bulan Januari 2011 telah dilaksanakan pada 27 Januari yang lalu. Program ini sepatutnya diadakan pada 20 januari , tetapi terpaksa ditunda kerana pada tarikh tersebut semua ahli IKRAM diminta ke Sungai Petani untuk taklimat perkembangan terkini Iraq melalui program IRAQ SALAM.

Pengisian Multaqa kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Saiful Azhar Zainal Abidin , berkaitan Mustolah Hadith dengan pendetailan tentang Hadith Sohih.

Seperti biasa program ini dimulakan dengan iftar jamaie secara potluck. Namun begitu kehadiran yang ramai berlaku selepas solat maghrib, dengan jumlah kehadiran lebih 40 orang termasuk para pelajar IPT dari UNIKL dan IP Tuanku Bainun.

moga program akan terus berjalan dan untuk bulan Februari adalah pada 17 Februari dan InsyaAllah Ustaz Sayuti Ramli akan menyambung kitab Riadhus Solehin.

Program Aulad Kulim Januari 2011





Unit Aulad di bawah Biro Wanita IKRAM Kulim telah mengadakan Program Aulad Pertama pada 22 Januari yang lalu di Pejabat IKRAM Kulim.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dikendalikan oleh Sdri Welma Laanda selaku Pengerusi Unit Aulad Kulim. Kehadiran peserta yang terdiri daripada anak-anak ahli IKRAM dan juga rakan IKRAM adalah seramai 25 orang.

Antara pengisian program ialah sesi ice breaking, tayangan video, bacaan buku cerita dan ucapan Ketua Wanita.

Maklum balas daripada para peserta amat positif dan akan hadir pada program yang akan datang.

TAHNIAH AKHI AZMIR


IKRAM Kulim mengucapkan tahniah kepada Sdr Azmir Azhari di atas kehadiran cahayamata ketiga pada 16 Januari 2011 yang lalu. Moga menjadi anak yang soleh .

Sunday, January 16, 2011

Riadah Keluarga Bulan Januari





Program ini berlangsung di Stadium Mini Keladi pada 15 januari 2011, jam 8-9 pagi. Program bulanan ini dimulai dengan masing-masing keluarga jogging atau berjalan kaki mengikut trek stadium mengikut kemampuan masing-masing.

program kali ini dihadiri oleh lebih kurang 8 keluarga dengan bilangan ahli seramai 30 orang termasuk keluarga Ruhaizan dari IKRAM SPT yang datang hampir 100% ahli keluarganya.

Selepas tamat riadah ada sedikit tazkirah daripada SU IKRAM Kulim yang berkisar analogi aktiviti riadah ini dengan perjalanan dakwah kita. Dakwah kita ada visi, begitu juga riadah kita pun ada matlamat. dalam perjuangan kita ada halangan atau ujian, begitu juga dalam menghadiri riadah ini pun ada halangan. Visi jamaah akan tercapai jika kita istiqamah dalam bekerja, begitu juga matlamat riadah untuk dapatkan beberapa pusingan yang ditetapkan akan tercapai , kalau kita terus konsisten berjalan atau berjogging.

Istiqamah penting dalam jamaah, walaupun usaha kita hanya sedikit, kalau kita mula berhenti atau berehat sekejap, sukar untuk sambung kembali, begitu juga dalam riadah- kalau kita berjogging, kemudian berhenti atau berjalan, nak sambung lari pula agak payah. Dan banyak lagi analogi yang boleh kita ambil dari aktiviti riadah ini untuk difikirkan dalam perjalanan dakwah kita.

Lagi Ucapan Takziah


IKRAM Kulim mengucapkan ucapan takziah kepada Sdr. Md Razhi Hassan di atas kepergian ayahnda tersayang ke pangkuan Ilahi pada Jumaat 14 Januari 2011 jam 1.50 tengah hari. Almarhum kembali setelah genap 6 bulan , almarhumah isterinya yang terlebih dahulu mengadap Ilahi pada Julai 2010.

IKRAM Kulim juga mengucapkan takziah kepada Sdr Syamsul Jaaafar, di atas kembalinya bapa mertuanya ke rahmatullah sehari sebelum itu iaitu pada 13 Januari 2011, Khamis jam 7.30 pagi di Gurun. Seminggu sebelum itu
Sdra Syamsul juga diuji apabila isteri dan adik iparnya terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke wad selama 2 hari.


Moga mereka sekeluarga diberi kesabaran yang tinggi dan redha di atas ketentuan Ilahi ini. ALFATIHAH

Friday, January 7, 2011

Gaza.............

Katibah/Qiyamullail IKRAM Kulim Bulan januari

Program ini berjalan pada 6 Januari 2011 bertempat di pejabat IKRAM Kulim bermula jam 7.00 malam untuk sebahagian ikhwah dan sebahagian yang lain pada jam 9.30 malam.

Program yang dianjurkan oleh Biro Tarbiah, IKRAM Kulim di bawah kelolaan akhuna Saiful Suhardi Shamsuddin dimulakan dengan iftar jamaai' secara 'potluck' dan diikuti solat maghrib berjamaah. Sebelum Isyak , diisi dengan bacaan ma'thurat.
Selepas solat Isya' , YDP IKRAM Kulim, Ust Rahim@Saleh bin Ramly menyampaikan satu pengisian berbentuk tazkirah dengan tajuk Merawat Hati. Antara intisari yang disampaikan untuk merawat hati adalah:

i.Membaca al-quran dengan tadabbur (qiraat al-quran alkarim bi attadabbur)

- sekurang-kurangnya tahu makna. Setiap kali tadbbur kemanisannya lain. Baca, tengok makna dan refleksi kepada diri kita. Surah Yunus -57 ,isra’ -82.Mengulang-ulang.

2. ii..Zikrullah

-penawar kpd hati. Penyakit hati –ghaflah -zikir akan buang karat-karat

- hati –dibiar akan berkarat- tambahan kalau dibuat pula maksiat.

- batu itu walaupun keras --> ia boleh pecah dan keluardarinya sungai,atau akan pecah dan keluar darinya mata air, atau pecah jatuh tersungkur; tapi hati kalau sudah keras sukar untuk dirawat.

Di akhirat nanti ,tidak ada satu penyesalan yang di kalangan ahli syukur , melainkan detik-detik di dunia yang tidak diisi dengan berzikir.

- iii. . Ilmu yg bermanfaat:

- Penyakit hati lebih susah dirawat daripada penyakit zahir dan lebih bahaya kerana selepas mati masih ditanggung – celaka berpanjangan . Kerana itu perlu kepada ilmu.

4. iv. Muhasabah diri

-di dunia jika kita sentiasa menghisab selalu, di Akhirat , InsyaAllah hisabnya mudah dan sebaliknya.

Program diteruskan selama sejam pula dengan tadarrus al-Quran juzu' 28 dan istirehat bermula jam 11.00 malam.

Qiyamullail bermula jam 2.30 pagi dengan persiapan diri dan solat tahajjud berjamaah bermula jam 3.00 pagi. Antara solat tahajjud , diadakan sedikit tazkirah ringkas oleh Ustaz Saiful Azhar di bawah tajuk Bekalan Di jalan Dakwah dengan mengupas sedikit daripada surah Muzammil. Persiapan bekalan ini penting bagi dai' kerana tugas yang berat iaitu merubah jiwa manusia. untuk mengubah jiwa (nufus) manusia ini tentunya dari manusia yang juga berjiwa bersih dan rapat hubungannya dengan Allah. Antara bekalannya ialah bangun bertahajjud dan tilawah al-Quran secara tadabbur.
Qiyamullail yang dipimpin oleh Ustaz Rahim dan sdr Saiful Suhardi berakhir jam 5.00 pagi kerana memberi peluang kepada ikhwah yang akan bekerja balik awal. Yang bercuti , terus hingga solat Subuh.

Program bulan Februari ialah pada 3 Februari 2011.

Perancangan Strategik (PS) IKRAM Kedah 2011




Muzakarah PS IKRAM Kedah 2011 telah berlangsung pada 25 Disember 2011 di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani. Muzakarah ini melibatkan semua AJK IRAM Negeri dan Daerah bermula jam 9.00 pagi.
Muzakarah yang dikendalikan oleh akhi Nas
irudin Abdullah , Setiausaha IKRAM Negeri membincangkan semua 10 paksi yang melibatkan negeri. Oleh kerana tidak semua AJK yang dapat hadir, muzakarah dilaksanakan dengan membahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :
1. Tarbiah, Pendidikan dan Hal Ehwal Ahli
2. Penerangan dan Pemuda
3. Politik, Aqsa Syarif danKhidmat Masyarakat
4. Wanita dan Dana

Selepas perbincangan kumpulan, setiap wakil kumpulan membentangkan untuk komen dan perincian semua AJK yang hadir. Selepas tamat pembentangan , rumusan dibuat untuk dibentangkan kepada JKP IKRAM Pusat pada 31 Disember 2010.

Sunday, January 2, 2011

Takziah kepada Akhi Azmi dan Hamdan



IKRAM Daerah Kulim mengucapkan takziah kepada Akhi Azmi Husin dan Akhi Hamdan Muhammad di atas kepulangan ayahanda tersayang ke rahmatullah.

Ayah Azmi telah kembali pada 19 Disember 2010 akibat kemalangan jalanraya di Rantau Panjang, Kelantan . manakala ayah Hamdan pula meninggal pada 27 Disember 2010 . Moga roh keduanya ditempatkan
bersama para solehin. Amin. Al-fatihah.