Friday, August 27, 2010

JAULAH YDP IKRAM KEDAH KE KULIM







Jaulah atau lawatan YDP IKRAM Negeri Kedah, Ustaz Rosli Yusuf ke IKRAM Daerah Kulim telah berlangsung pada 17 Ramadhan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010 bersempena Majlis Iftar Jamaie IKRAM Kulim kali kedua.

Rombongan YDP yang turut disertai oleh Pengurus IKRAM Kedah Sdr Mazlan Md.Desa dan Timbalan Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM Kedah, Sdr Zainal Adlishah Zainal Akbar. Majlis yang bermula jam 7.00 telah diisi dengan ucapan aluan dan tazkirah ringkas oleh YDP IKRAM Kulim, Ustaz Rahim@Saleh bin Ramly.

Seterusnya majlis iftar jamaie ringan dengan menjamah kurma dan kuih muih yang dibawa secara potluck. Solat Maghrib diimamkan oleh YDP Negeri sendiri dan diikuti jamuan nasi. Untuk jamuan nasi ini, lauk pauk disediakan oleh akhawat IKRAM Kulim . Beberapa akhawat ditugaskan untuk memasak satu jenis lauk.

Selepas jamuan nasi, YDP negeri memberi pula jamuan rohani yang juga merupakan harapan IKRAM negeri kepada semaua ahli IKRAM, khususnya Kulim.Beliau melahirkan rasa gembiranya kerana ramainya bilangan pemuda yang hadir. Ini melambangkan kelangsungan dakwah dan tarbiah pada masa hadapan. Beliau ada menyedut ayat 77, surah al-Haj dalam penyampaian ini "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

Majlis yang dihadiri hampir 50 orang termasuk anak-anak dan juga adik-adik IPT ini diteruskan dengan soalt isyak dan tarawih serta witir secara berjamaah yang diimamkan oleh anaknda Mohamad Iman dan Mohamad Muhaimin (kedua-duanya anak kepada TYDP IKRAM Kulim, Sdr Saiful Suhardi Shamsudin)

Selepas tamat solat witir, satu perjumpaan ringkas telah diadakan antara YDP dengan AJK IKRAM Kulim yang menjelaskan tentang perjalanan IKRAM Negeri dan penyelarasan yang perlu dibuat. YDP juga memaklumkan bahawa Presiden bersama AJK Pusat akan melawat Kedah selepas Eidul Fitri nanti dan juga semua daerah IKRAM Kedah.

Majlis yang tamat jam 11.00 malam itu diakhiri dengan pengagihan kurma untuk diedarkan kepada masyarakat Kulim oleh ahli yang hadir.

Promosi IKRAM Kulim Melalui Edaran Kurma






IKRAM Kulim dalam usaha memperkenalkannya kepada masyarakat Kulim telah mengambil inisiatif mengedarkan kurma dalam bulan ramadhan ini.kurma ini dikotakkan dalam kotak yang dibentuk khas . Kotak yang diisi dengan 5 biji kurma mariami ini dilengkapkan dengan maklumat IKRAM dan juga AQSA Syarif.

Sebanyak 1000 kotak disediakan dan diedarkan oleh ahli IKRAM sama ada kepada rakan sepejabat, jiran setaman dan juga kepada pengunjung bazar ramadhan.

Semoga usha yang kecil ini dapat memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat dan akhirnya ada yang berminat untuk mengikuti program IKRAM dan seterusnya mengikuti sistem tarbiah IKRAM.InsyaAllah

Monday, August 23, 2010

MAJLIS IFTAR IKRAM KULIM










Majlis ini diadakan pada 21 Ogos yang lalu di Pejabat IKRAM Kulim bermula dengan solat Asar. Program yang melibatkan semua ahli ikhwah dan akhawat ini adalah menggabungkan semua kumpulan usrah yang ada dalam sisten tarbiah IKRAM Kulim.

Selepas solat Asar, majlis tadarus diadakan dalam beberapa kumpulan. Selama sejam tadarus berakhir, diikuti dengan tazkirah oleh Ust saiful Azhar Zainal Abidin. seterusnya program disambung dengan bacaan Ma'thurat yang dipimpin oleh Sdr Saiful Suhardi , TYDP IKRAM Kulim.

Majlis iftar jamai' ini, makanan disediakan oleh beberapa akhawat dan kuih muih secara potluck. kehadiran ahli amat menggalakkan dan diharapkan kehadiran untuk program iftar kedua akan lebih baik pada 27 ogos ini iaitu sempena Nuzul Quran 17 Ramadhan.

Saturday, August 14, 2010

Durah 01 IKRAM Kulim

Majlis ini diadakan pada 14 Ogos 2010 bersamaan 4 Ramadhan 1431H di Pejabat IKRAM Kulim. Majlis yang dM Kulim setelah diubahsuai.

Daurah ini dipegerusikan oleh Pengerusi Tarbiah IKRAM Kulim Tn Hj Saiful Suhardi.Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 pagi ini diserikan dengan bacaan Quran oleh adik Muhammad Hasif Hamdan.
Seterusnya YDP IKRAM Kulim Ust Hj Rahim@Saleh bin Ramly telah memberi ucapan aluan yang menekankan tujuan daurah diadakan untuk penyelaran fikrah antara ahli-ahli 01 yang mengikuti usrah.


Pengisian pertama oleh Ust Rahim sendiri dengan tajuk Muasofat Akh Muslim. Penyampaian seterusnya oleh ankanda Muhammad Iman Saiful Suhardi.muhammad Iman yang baru sampai dari UIA Kuantan pada pagi itu terus bergegas ke Pejabat IKRAM Kulim untuk berkongsi tajuk Kemanisan Iman. Penyampaian yang dbantu dengan beberapa video klip cukup menarik perhatian para peserta daurah.


Penyampai utama daurah pada kali ini ialah Ust Saiful Azhar Zainal Abidin, yang memberikan kuliah tentang Fiqh Taharah dan Fiqh Solat selama 3 jam. Kuliah yang diberikan banyak memberi input baru walaupun tajuk ini sudah sepatutnya dikuasai dan difahami oleh setiap akh muslim.


Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan solat zohor berjamaah.

Friday, August 13, 2010

Pejabat IKRAM Kulim diubahsuai


Pejabat IKRAM Kulim yang terletak di tingkat vatas bangunan kedai Taman Mewah adalah sebuah pejabat yang disewa. Sebelum ini bangunan ini telahpun dibuat partition oleh penyewa terdahulu.
Oleh kerana ruang untuk dewan kuliah agak sempit, AJK IKRAM Kulim bersetuju untuk meluaskan bahagian dewan kuliah tersebut.

Kerja pengubahsuaian dimulakan pada 8 Ogos lalu dan dijangka siap pada 15 Ogos 2010. Pengubahsuaian ini menelan belanja sekitar RM seribu lima ratus. Kos ini tidak termasuk pemasangan pendingin hawa dan juga pemasangan karpet.

Kepada sesiapa yang hendak menyumbang untuk projek ini bolehlah menghubungi Bendahari IKRAM Kulim, Tn Hj Amir Hamzah Hassan di talian 019-4511935.

Buyutuna Fi Ramadhan


IKRAM daerah Kulim telah mengadakan satu majlis menyambut kedatangan Ramadhan dengan tajuk Buyutuna Fi Ramadhan pada 31 Julai 2010 di pejabat IKRAM Kulim. Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 pagi itu dicetuskan oleh kumpulan Usrah Akhawat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Quran oleh TYDP IKRAM Kulim Tn Hj Saiful Suhardi Shamsudin. Kemudiannnya ucapan aluan oleh YDP IKRAM, Ust Hj. Rahim @Saleh bin Ramly.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 20 orang peserta ini, didedahkan bagaimana rumah tangga Muslim dalam bulan Ramadhan dan juga kelebihan Ramadhan itu sendiri oleh Ustaz saiful Azhar Zainal Abidin. Ustaz saiful Azhar adalah ahli IKRAM Samarahan yang berpindah balik ke Kulim.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan jamuan makan tengahari.

Thursday, August 12, 2010

Banner Ramadhan




IKRAM Kulim telah memasang tiga banner Ramadhan sebagai mengalu-alukan kedatangan Ramadhan. Banner yang direkabentuk oleh salah seorang ahli IKRAM Kulim itu dipasang di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah, persimpangan lampu isyarat Paya Besar dan persimpangan lampu isyarat Taman Selasih.