Saturday, April 2, 2011

Mesyuarat Agung Daerah(MAD) IKRAM Kulim 2011









MAD IKRAM Kulim telah berlangsung pada 26 Mac 2011yang lalu di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YDP IKRAM Kedah, Ust Rosli Yusof. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Padang Serai, Ust Fauzi Tahir dan wakil MACMA Kulim, Pn Sarina Abdullah.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan Quran oleh anakanda Ziyad bin Rahim@Saleh. Seterusnya ucapan dasar YDP Kulim oleh Ustaz Rahim @ Saleh bin Ramly yang banyak menyentuh tentang keperluan menggiatkan lagi aktivisme dalam masyarakat bagi menambahkan bilangan ahli. Disamping itu tidak melupakan aspek pentarbiah yang mesti seiring dan diperkasakan lagi. Aspek ukhuwah dan kebajikan ahli mesti diambil berat.
Manakala ucapan perasmian YDP Negeri banyak menyentuh tentang dakwah dalam masyarakat Rabtul Am. Juga menegaskan kembali tentang visi dan misi IKRAM.

Selepas itu majlis rehat dengan sedikit jamuan nasi lemak.

Mesyuarat Agung diteruskan selepas tetamu jemputan mengundur diri. Mesyuarat berjalan lancar dengan pembentangan laporan tahunan oleh setiausaha dan penyata kewangan oleh Bendahari. Tiada sebarang usul yang dikemukakan.

Dalm sesi penggulungan ada beberpa ikhwah dan akhawat yang menyentuh keperluan melihat kembali ukhuwah di kalangan ahli supaya lebih mantap .

Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

No comments:

Post a Comment