Friday, May 20, 2011

MULTAQA ILMU IKRAM KULIM MEI










Program Multaqa bulan Mei mencatat rekod kehadiran melebihi 50 orang dengan kehadiran beberapa muka baru. Multaqa kali ini sekali lagi ditaja oleh salah seorang ikhwah untuk jamuan iftar.

Pengisian Riadhus Solehin sekali lagi disampaikan oleh al-Fadhil Ust Sayuti dari hadis 19 - 23 , bab Taubah. Hadis ke 21 ditinggalkan untuk dibincang secara khusus dalam multaqa akan datang kerana hadis ini terlalu panjang.

SUKAN IKRAM NEGERI KEDAH—IKRAM KULIM NAIB JOHAN KESELURUHAN


















Sukan ini buat julung kalinya setelah setahun IKRAM Kedah dilancarkan telah dijalankan di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani pada 17 Mei 2011 sempena cuti hari Wesak. IKRAM Sungai Petani yang menjadi tuan rumah telah berjaya melaksanakan dengan baik walaupun notis yang diberikan agak singkat.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah bolasepak , sepak takraw (bulatan dan gelanggang), ping pong, bola tampar dan bola jarring. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategoro iaitu veteran (>35 tahun), terbuka, sekolah menengah dan sekolah rendah. Disamping itu terdapat juga program untuk anak-anak iaitu pertandingan mewarna.

IKRAM Kulim yang menghantar peserta seramai 80 orang termasuk anak-anak berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan walaupun bilangan peserta tidak seramai daerah lain. Pasukan veteran lelaki Kulim memang amat menyerlah kerana telah menjadi johan dalam bole sepak , sepak takraw gelanggang ,bulatan, dan ping pong. Kita juga mendapat johan dalam kategori terbuka iaitu sepak takraw gelanggang, sepak takraw bulatan dan bola tampar wanita veteran.

Selain itu kita juga berjaya memperolehi beberapa pingat perak iaitu sepak takraw menengah, bola tampar lelaki veteran, bola tampar lelaki terbuka, bola jaring wanita veteran dan bola tampar terbuka wanita.

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan termasuk rakan-rakan IKRAM yang sudi menyertai IKRAM Kulim dalam beberapa acara. Setinggi ucapan terima kasih kepada ikhwah Serdang kerana menguruskan peserta remaja dan belia khususnya dalam membantu acara sepak takraw dan bola tampar. Begitu juga kepada Sdr Saad (INTEL) yang membantu dalam acara ping pong.

Moga semangat yang ditunjukkan dalam Sukan IKRAM ini dapat diteruskan dalam proram IKRAM yang lain dan yang pentingnya memastikan mereka yang belum berada dalam sistem tarbiah dimasukkan ke dalam usrah dan seterusnya menjadi ahli IKRAM Kulim.

Perjumpaan AJK Wanita IKRAM IKRAM Pusat Dengan Wanita Kedah


Majlis ini diadakan pada 14 Mei 2011 di Dewan PPAI, Sungai Petani bermula jam 9.00 pagi. Wanita IKRAM Kulim diwakili oleh 9 orang dengan diketuai oleh Ketua Wanita IKRAM Kulim, Ustazah Latifah Abdullah.

AJK Wanita IKRAM Pusat hadir seramai 3 orang dengan diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

KURSUS SPI


Kursus Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) untuk AJK Negeri dan Daerah telah diadakan di Bilik Seminar PPAI, Sungai Petani pada 11 Mei 2011 yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Akhi Mohd Yaacob , Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat dan Akhi Salleh yang membina sistem ini.

Program yang bermula jam 9.00 malam dimulai dengan ucapan YDP IKRAM Kedah dan diikuti taklimat oleh Saudara Yaacob dan Salleh. Selepas itu latihan amali dengan 'key in' borang permohonan mengikut daerah masing-masing. Majlis berakhit pada jam 12.00 tengah malam.

Kuliah Tauhid Zindani- Ustaz Syazali HIrman.






Kuliah pertama dijalankan pada 4 Mei yang lalu.Amat menarik. InsyaAllah akan berjalan pada setiap Rabu malam Khamis, minggu pertama setiap bulan. Penyampai oleh Ustaz Syazalie Hirman , IKRAM SPU yang juga ahli DPN. Bekas anak murid Sheikh Abd Majid sendiri ketika menuntut di Universiti Iman, Yaman. Kuliah akan dating, insyaAllah pada 1 Jun 2011. Program bermula dengan solat Maghrib dan berakhir jam 10.00 malam.

Penyampaian dengan berbantukan slide dan klip video amat membantu untuk memudahkan ke

fahaman terhadap idea dan ilmu yang hendak disampaikan.

Multaqa April







Multaqa kali ini diteruskan oleh al-Fadhil Ustaz Sayuti Ramli dengan meneruskan Kitab Riadhus Solehin. Hadis yang dibincang ialah bab Ikhlas ( hadis 9-12 ) dan disambung dengan bab Taubah (hadis 13-18).

Seperti biasa majlis ini dimulakan dengan iftar jamaie dan kali ini disponsor oleh salah seorang ikhwah. Selepas penyampaian Ustaz, IKRAM Kulim telah menyerahkan kutipan untuk pembinaan Sekolah Rendah al-Azhar sebanyak RM30 000 yang dikutip oleh ahli-ahli IKRAM Kulim dan juga sahabat IKRAM Kulim.

Upacara sumbangan juga diberikan kepada sahabat yang ditimpa musiabah kehilangan motosikal dan juga sumbangan kepada saudara baru di IPTB Bukit Mertajam. Untuk program multaqa kali ini juga ada beberapa sahabat yang datang buat kali pertama. Alhamdulillah.