Friday, August 27, 2010

JAULAH YDP IKRAM KEDAH KE KULIM







Jaulah atau lawatan YDP IKRAM Negeri Kedah, Ustaz Rosli Yusuf ke IKRAM Daerah Kulim telah berlangsung pada 17 Ramadhan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010 bersempena Majlis Iftar Jamaie IKRAM Kulim kali kedua.

Rombongan YDP yang turut disertai oleh Pengurus IKRAM Kedah Sdr Mazlan Md.Desa dan Timbalan Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM Kedah, Sdr Zainal Adlishah Zainal Akbar. Majlis yang bermula jam 7.00 telah diisi dengan ucapan aluan dan tazkirah ringkas oleh YDP IKRAM Kulim, Ustaz Rahim@Saleh bin Ramly.

Seterusnya majlis iftar jamaie ringan dengan menjamah kurma dan kuih muih yang dibawa secara potluck. Solat Maghrib diimamkan oleh YDP Negeri sendiri dan diikuti jamuan nasi. Untuk jamuan nasi ini, lauk pauk disediakan oleh akhawat IKRAM Kulim . Beberapa akhawat ditugaskan untuk memasak satu jenis lauk.

Selepas jamuan nasi, YDP negeri memberi pula jamuan rohani yang juga merupakan harapan IKRAM negeri kepada semaua ahli IKRAM, khususnya Kulim.Beliau melahirkan rasa gembiranya kerana ramainya bilangan pemuda yang hadir. Ini melambangkan kelangsungan dakwah dan tarbiah pada masa hadapan. Beliau ada menyedut ayat 77, surah al-Haj dalam penyampaian ini "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

Majlis yang dihadiri hampir 50 orang termasuk anak-anak dan juga adik-adik IPT ini diteruskan dengan soalt isyak dan tarawih serta witir secara berjamaah yang diimamkan oleh anaknda Mohamad Iman dan Mohamad Muhaimin (kedua-duanya anak kepada TYDP IKRAM Kulim, Sdr Saiful Suhardi Shamsudin)

Selepas tamat solat witir, satu perjumpaan ringkas telah diadakan antara YDP dengan AJK IKRAM Kulim yang menjelaskan tentang perjalanan IKRAM Negeri dan penyelarasan yang perlu dibuat. YDP juga memaklumkan bahawa Presiden bersama AJK Pusat akan melawat Kedah selepas Eidul Fitri nanti dan juga semua daerah IKRAM Kedah.

Majlis yang tamat jam 11.00 malam itu diakhiri dengan pengagihan kurma untuk diedarkan kepada masyarakat Kulim oleh ahli yang hadir.

No comments:

Post a Comment