Sunday, September 19, 2010

Konvensyen Mahasiswa IKRAM Kedah





Program ini berlangsung pada 29 Ramadhan 1431 bersamaan 8 September, bertempat di Bilik Seminar Sekolah Menengah Islah Sungai Petani. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini menghimpunkan semua anak-anak ikhwah dan akhawat IKRAM Kedah dan juga anak sahabat IKRAM yang sedang menuntut di semua IPT sama ada dalam atau luar negara.

Program ini di bawah tajaan JK Pemuda IKRAM Negeri dengan kerjasama Pemuda IKRAM Sungai Petani yang diterajui oleh akhi Abd Wahid Mahmud berjaya mengumpul lebih dari 100 orang peserta dari semua daerah IKRAM Kedah iaitu Sungai Petani, Kubang Pasu, Alor Setar, Baling dan Kulim.

Program ini diisi dengan dua ceramah iaitu oleh JK Pemuda IKRAM Kedah yang juga ahli DPN, akhi Aminudin Shuib yang menyampaikan tentang Sejarah IM di Malaysia. Ceramah kedua oleh JK Wanita IKRAM Kulim, Ustazah Norsham Mustapa dengan tajuk Baitul Muslim.

Seterusnya diadakan dialog antara para peserta dengan Tim. YDP IKRAM Kedah, al-Fadhil Ust Sayuti Ramli dan Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Kedah, al-Akh Ust Dr Wan Abd Rahman Khudri. Berbagai solan ditanya oleh para peserta dan para panel berjaya menjawab dengan baik dan menjelaskan segala kekaburan selama ini dengan secerah-cerahnya.

Kemudian satu bengkel ringkas diadakan kerana kesuntukan masa, kerana sebahagian peserta akan balik ke kampung untuk berhari raya. Majlis diakhiri dengan penubuhan Kelab Anak IKRAM Kedah. Pengerusi yang dipilih adalah Sdr Mohd Islam bin Mustafa Yahya dan Setiausaha Sdri Najihah bt Zainol Abidin.Majlis tamat pada jam 4.00 petang.

No comments:

Post a Comment