Monday, September 6, 2010

MAJLIS SUMBANGAN BINGKISAN RAMADAN DAN EIDUL FITRI IKRAM KULIM
















Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Daerah Kulim ini diadakan pada 5 September 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431 bertempat di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah.

Majlis yang bermula pada jam 10 pagi itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha IKRAM Kulim,selaku pengacara majlis. Ini diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Mohd Zaki (Imam tarawih, Surau Kulim Square dari Kemboja ) juga penerima sumbangan.Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Kulim, Ustaz Ahmad Shahimi Senawi (bersongkok hitam)yang melahirkan rasa gembira dan syukurnya kerana majlis yang dirancang dapat berjalan dengan baik serta sambutan daripada para penyumbang yang cukup menggalakkan.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YDP IKRAM Daerah Kulim, Ust Rahim @Saleh bin Ramly. Ucapan beliau menyentuh pengenalan tentang IKRAM dan diselit dengan tazkiran kelebihan bertabbaruk dalam bulan Ramadhan dan juga anjuran membaca dan mentadabbur al-Quran.

Seterusnya majlis sumbangan disempurnakan oleh YDP IKRAM Kulim, Ketua Wanita Ustzh Latifah Abdullah dan Ustaz Ahmad Shahimi sendiri. Seramai 40 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal warga emas, saudara baru,fakir miskin dan dua orang imam hafiz dari Kemboja yang masih menuntut di Malaysia.

Sumbangan yang berupa barangan keperluan harian dan pakaian serta wang tunai dengan nilai RM120.00 seorang adalah hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Kulim dan juga masyarakat setempat.

Beberapa hari sebelum hari sumbangan , Setiausaha IKRAM Kulim dan Sdr Syamsul Jaafar, AJK Projek Bingkisan Ramadhan IKRAM Kulim telah menziarahi beberapa rumah penerima sumbangan untuk melihat sendiri kedaifan dan kesusahan yang dialami selama ini. Memang amat menginsafkan apabila keadaan rumah mereka. Moga-moga majlis yang diadakan ini dapat membantu dan menggembirakan mereka menjelang Eidul Fitri ini.

Majlis ini juga mendapat liputan daripada akhbar Sinar Harian utara dan beritanya diterbitkan pada 7 September 2010, halaman U19.

No comments:

Post a Comment