Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Sunday, January 16, 2011
Riadah Keluarga Bulan Januari
Program ini berlangsung di Stadium Mini Keladi pada 15 januari 2011, jam 8-9 pagi. Program bulanan ini dimulai dengan masing-masing keluarga jogging atau berjalan kaki mengikut trek stadium mengikut kemampuan masing-masing.
program kali ini dihadiri oleh lebih kurang 8 keluarga dengan bilangan ahli seramai 30 orang termasuk keluarga Ruhaizan dari IKRAM SPT yang datang hampir 100% ahli keluarganya.
Selepas tamat riadah ada sedikit tazkirah daripada SU IKRAM Kulim yang berkisar analogi aktiviti riadah ini dengan perjalanan dakwah kita. Dakwah kita ada visi, begitu juga riadah kita pun ada matlamat. dalam perjuangan kita ada halangan atau ujian, begitu juga dalam menghadiri riadah ini pun ada halangan. Visi jamaah akan tercapai jika kita istiqamah dalam bekerja, begitu juga matlamat riadah untuk dapatkan beberapa pusingan yang ditetapkan akan tercapai , kalau kita terus konsisten berjalan atau berjogging.
Istiqamah penting dalam jamaah, walaupun usaha kita hanya sedikit, kalau kita mula berhenti atau berehat sekejap, sukar untuk sambung kembali, begitu juga dalam riadah- kalau kita berjogging, kemudian berhenti atau berjalan, nak sambung lari pula agak payah. Dan banyak lagi analogi yang boleh kita ambil dari aktiviti riadah ini untuk difikirkan dalam perjalanan dakwah kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment