Monday, April 18, 2011

MPN IKRAM Kedah







Mesyuarat Perwakilan IKRAM Negeri Kedah (MPN) telah selamat berlangsung pada 16 April lalu di Bilik Seminar SMAI, Sungai Petani dan dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust. Dr. Sheikh Mohd Parid Hj Ahmad.

Mesyuarat yang bermula jam 5.00 petang itu dihadiri oleh semua perwakilan daerah Kubang Pasu, Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan Kulim.

mesyuarat berakhir pada jam 9.00 malam itu meluluskan satu usul untuk dibawa ke Pusat iaitu tentang fitnah seks yang semakin berleluasa kini, supaya IKRAM menyatakan pendirian dalam media masa arus perdana negara.

MPWN IKRAM Kedah




Mesyuarat Perwakilan Wanita IKRAM Negeri Kedah (MPWN) telah selamat dijalankan pada 16 April 2011 di Bilik Seminar SMAI Sg Petani. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang itu dirasmikan oleh Ust Rosli Yusof.

MPWN kali ini diadakan pemilihan untuk memilik AJK sesi 2011/2012. AJk yang dipilih adalah sepeti berikut:
Ketua Wanita: Pn Hjh Azdiah Ali
Timbalan Ketua Wanita : Dr. Salmee
Setiausaha: Dzilal Abd Aziz
Bendahari: Pn. Fauziah Zainudin
AJK: Uszh Suhaibatul Aslamiyah Abas
: Pn Norlela Mat Din
: Ustazah Rashidah Ramli

Hari Wanita Anjuran IKRAM SP

Majlis ini dijalankan pada 9 April 2011 di Dewan Besar PPAI Sungai Petani. Berbagai aktiviti dijalankan dan salah satunya Forum yang bertajuk 'Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggegarkan Dunia" , dengan salah seoarang ahli panelnya Ketua wanita IKRAM Kulim , Ustazah Latifah Abdullah. Ahli panel lain ialah Dr.Hafidzah Mustakim dan Dr Shamsunisah Abu Bakar dan dimoderatorkan oleh Dr Rosnita Alias.

Saturday, April 2, 2011

Mesyuarat Agung Daerah(MAD) IKRAM Kulim 2011









MAD IKRAM Kulim telah berlangsung pada 26 Mac 2011yang lalu di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YDP IKRAM Kedah, Ust Rosli Yusof. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Padang Serai, Ust Fauzi Tahir dan wakil MACMA Kulim, Pn Sarina Abdullah.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan Quran oleh anakanda Ziyad bin Rahim@Saleh. Seterusnya ucapan dasar YDP Kulim oleh Ustaz Rahim @ Saleh bin Ramly yang banyak menyentuh tentang keperluan menggiatkan lagi aktivisme dalam masyarakat bagi menambahkan bilangan ahli. Disamping itu tidak melupakan aspek pentarbiah yang mesti seiring dan diperkasakan lagi. Aspek ukhuwah dan kebajikan ahli mesti diambil berat.
Manakala ucapan perasmian YDP Negeri banyak menyentuh tentang dakwah dalam masyarakat Rabtul Am. Juga menegaskan kembali tentang visi dan misi IKRAM.

Selepas itu majlis rehat dengan sedikit jamuan nasi lemak.

Mesyuarat Agung diteruskan selepas tetamu jemputan mengundur diri. Mesyuarat berjalan lancar dengan pembentangan laporan tahunan oleh setiausaha dan penyata kewangan oleh Bendahari. Tiada sebarang usul yang dikemukakan.

Dalm sesi penggulungan ada beberpa ikhwah dan akhawat yang menyentuh keperluan melihat kembali ukhuwah di kalangan ahli supaya lebih mantap .

Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Friday, March 18, 2011

Mulataqa Ilmu Mac 2011






Majlis berlangsung pada 17 Mac lalu di Pejabat IKRAM Kulim dengan kehadiran seramai 30 orang. Majlis yang seperti biasa dimulakan dengan iftar jamai' dan disusuli dengan solat Maghrib berjamaah. Multaqa kali ini disampaikan oleh Ustaz Saiful Azhar Zainal Abidin dengan tajuk 'Meninggalkan Jahiliayah'.
Pengertian jahiliah yang diberikan adalah:

•Jiwa tidak menerima petunjuk Islam dn menolak berhukum berdasarkan syariat Allah swt

•Semua bentuk status perundangan/sistem yang menolak Hakimiyah Allah untuk manusia dan menjadikan hakimiah manusia utk manusia dengan menolak hukum Allah

•Semua keadaan yang berupa bentuk menyelewng daripada manhaj Allah

•Setiap tatsusila yg bertentangan dengan syariat dan hukum Allah swt

Ada 4 bentuk jahiliah:
i. Jahiliah konsep - Ali Imran, 154
ii.Jahiliah semangat- al-Fath,26
iii.Jahiliah perundangan- al-Maidah ,50
iv. Jahiliah perilaku/suluk - al-Ahzab, 33

Seterusnya ustaz menerangkan hukum Jahiliah di sisi Islam dan pendirian kita terhadap Jahiliah.
ustaz hanya sempat membincangkan pendirian kita terhadap jahiliah dari segi tamaiyus (perbezaan).
Ada banyak lagi yang hendak disampaikan ustaz, tetapi masa tidak mengizinkan. Moga bersambung pada kesempatan yang lain.

Dalam majlis ini juga , Sdr Md. Razhi Hassan yang ditugaskan mengumpul dana bagi pembinaan sekolah Rendah Al-azhar telah membentangkan jumlah yang terkumpul setakat hari tersebut yang hampir mencecah RM 10000 (50%) daripada yang diamanahkan kepada IKRAM Kulim.


Sunday, March 6, 2011

Seminar Kesihatan Wanita







Program anjuran Biro Wanita IKRAM Kulim ini dijalankan pada 5 Mac 2011 bertempat di Pejabat IKRAM Kulim. Program yang terbuka kepada umum ini hanya dihadiri oleh 18 orang peserta daripada 50 orang yang ditarget. Ia dirasmikan oleh YDP IKRAM Kulim, Ust Rahim@Saleh Ramly. Majlis ini dipengerusikan oleh ukhti Asmaa' Ismail.

Dua orang pegawai perubatan yang juga merupakan ahli IKRAM telah menyampaikan ceramah. Ceramah pertama bertajuk Mengesan kanser payudara oleh Dr Wan Noor, IKRAM SPU. Ceramah kedua pula oleh Dr. Rosnita bt Hj Alias , IKRAM sungai Petani dengan tajuk Gaya Hidup Sihat.

Program dibawah Pengarah Hasmah Abdullah ini berakhir pada jam 2.00 petang.

Katibah IKhwah IKRAM KULIM Mac


Alhamdulillah berjalan dengan kehadiran seramai 8 orang dan dua aulad . Tazkirah oleh Ustaz Rahim@Saleh bin Ramly . Tadarus Quran surah Al-a'raf. solat tahajud dipimpin juga oleh Ustaz Rahim. Selepas solat subuh semua bersurai .

Friday, February 25, 2011

Mulataqa Ilmu Februari 2011




Majlis ini diadakan pada 17 Februari 2011 di Pejabat IKRAM Kulim dengan dimulai Majlis Berbuka Puasa secara berjamaah.

Program kali ini diisi semula oleh Al-Fadil Ust Sayuti Ramli dengan kitab Riadhus Solehin , bab Ikhlas, hadis ke 6- hadis ke-9. Banyak perkara disentuh oleh Ustaz dalam mengupas ke-3mpat hadis tersebut. Antara yang menarik bila mana ustaz mengupas hadis ke 7, "

Dari Abu Hurairah, yaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim)

Di mana ustaz menegur mereka yang berjuang atas nama bangsa, kerana bangsa bukan pilihan kita , seperti mana jasad dan rupa kita.

Selepas penyampaian ustaz ,Sdr Mohd Jaafar Salleh, selaku Pengurus Projek sekolah Rendah al-Azhar telah membentangkan tentang projek pembinaan sekolah rendah al_azhar yang memerlukan dana sebanyak 2 juta bagi pembinaan baru sekolah Rendah al-Azhar.

Ikhwah Kulim diminta mencari dana sekurang-kurangnya RM 20K dalam masa sebulan ini. Sdr Md. Razhi hassan diminta menjadi koordinator bagi pengumpulan dana daerah Kulim.

Multaqa akan datang pada 17 Mac 2011, IKRAM Kulim perlu menyerahkan RM 20K kepada Sekolah al-Azhar. Moga semua ikhwah dan akhawat Kulim dapat mencapai target yang telah ditetapkan itu.

Rehlah IKRAM Kulim












Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya di Air Putih Serdang pada 15 Februari 2011 sempena cuti Maulidur Rasul walaupun kehadiran hanya seramai 26 orang ( 6 keluarga + 4 orang yang belum berkeluarga)

Program di bawah arahan Sdr Mohd Razi Ismail ini melibatkan aktiviti taaruf keluarga, BBQ ayam dan ikan, kuiz, makan durian dan diakhiri dengan sesi refleksi.

Daripada sesi refleksi, memang banyak pengajaran boleh diambil dan dikaitkan dengan keperluan hidup berjamaah. Rata-rata ahli mengharapkan program sebegini diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai supaya rukun usrah taaruf, tafahum dan takaful itu boleh tercapai.