Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Monday, July 26, 2010
Program Multaqa Bulanan IKRAM Kulim
Antara program bulanan yang dijalankan IKRAM Daerah Kulim ialah majlis ilmu yang lebih dikenali sebagai Multaqa Ilmu. Majlis yang diadakan pada setiap Khamis minggu ketiga setiap bulan didahului dengan majlis Iftar (berbuka puasa) secara beramai-ramai. Juadah berbuka dibawa masing-masing dari rumah dan berkongsi rasa secara bersama.
Majlis yang diadakan di Pejabat IKRAM Kulim itu telah pun berjalan sebanyak 5 kali bermula dengan bulan Februari . Pengisian bulan Februari disampaikan oleh Ustaz Syazalie Hirman,ahli IKRAM SPU yang juga ahli DPN dengan tajuk Kepentingan Usrah.
Program yang dibuka kepada umum ini turut dihadiri oleh akhawat dan anak-anak termasuk pelajar IPT berdekatan yang mengikuti usrah. Antara penyampai lain yang pernah berkongsi ilmu ialah Ustaz Rahim @ Saleh bin Ramly (Hadis), Ustazah Norsham berganding dengan Ust Rahim (Forum Keluarga Duat), Ust Sobri, IKRAM Sg.Petani (Muhasabah) dan Ustaz Soid Mohd Amin , IKRAM SPU (Syamail Muhammad).
Program yang berakhir sekitar jam 10.30 malam ini diharapkan menjadi medan ilmu yang berterusan sebagai tempat mendapatkan mad'u baru. InsyaAllah
IKRAM Kulim Turut Menjayakan Karnival Harmoni 2010
Seramai 11 orang ahli IKRAM Kulim yang diketuai oleh Sdr TYDP Hj Saiful Suhardi Shamsudin membantu menjayakan Karnival Harmoni 2010 yang dianjurkan oleh JIM, Hidayah Centre dan IKRAM Negeri Kedah.
Karnival yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu dari 23-25 Julai 2010 bertempat di Central Square , Sungai Petani ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Tn Hj Abdul Ghani Ahmad.
Ahli IKRAM Kulim yang diberi giliran bertugas pada hari ketiga disertai oleh 8 ikhwah dan 3 akhawat berpendapat program yang sama boleh dijalankan di Kulim. Pengalaman yang diperolehi cukup berguna bagi menyampaikan mesej dakwah kepada orang awam terutamanya remaja Melayu dan mereka yang belum Islam.
Tuesday, July 20, 2010
Usrah Gabungan Wanita(UGW) IKRAM Kulim
UGW IKRAM Kulim yang pertama setelah IKRAM dilancarkan telah diadakan pada 10 Julai lalu di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah.
Program yang dimulakan pada jam 3.00 petang itu telah disertai oleh 13 orang ahli usrah dari semua peringkat. Anak-anak juga turut hadir.
UGW ini yang dikendalikan oleh Ketua wanita IKRAM Kulim diisi dengan tazkirah,tayangan slaid, dan nasyid IKRAM. Para peserta telah mengalunkan nasyid IKRAM ini dengan penuh semangat sehingga ada yang menitiskan air mata bila mana mengenangkan sejarah tarbiah yang lampau.
Walaupun kehadiran tidak seperti yang diharapkan, tetapi ia mampu menyuntik semangat kepada yang hadir untuk terus memperkasakan IKRAM Kulim. Harapan KW kepada program UGW yang akan datang akan mendapat sambutan yang lebih ramai dan juga mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada ikhwah supaya mengingatkan dan menggalakkan zaujah masing-masing untuk hadir.
Monday, July 19, 2010
MENYANTUNI MASYARAKAT UMUM-DR HISHAMUDIN ALHAM
25 JUN- Satu program ceramah yang disampaikan oleh Dr.Hishamudin Alham ,JK Penerangan IKRAM Johor telah diadakan di Pejabat IKRAM Kulim. Program yang bermula dengan solat maghrib telah diikuti oleh IKRAM Kulim seramai 30 orang.
Program ini diadakan sempena kehadiran Dr. Hishamudin untuk menyampaikan Seminar Sains dan Al-Quran yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Quran Raudhatul Jannah di Politeknik Sultanah Bahiyah pada keesokan harinya.
Dr Hishamudin berkongsi dengan ikhwh dan akhawat Kulim bagaimana cara untuk menyantuni atau berdakwah dengan masyarakat umum. Ceramah yang bersahaja dan berdasrkan pengalaman dengan bantuan multimedia itu berjaya menarik perhatian hadirin untuk memahaminya.
Setiausaha IKRAM Kulim juga mengambil peluang dengan kehadiran Dr. Hishamudin dengan membawanya menyampaikan ceramah untuk pelajar Tingkatan 5, SMK Sultan Badlishah pada pagi 27 Jun 2010. Ceramah bertajuk Kepimpinan Remaja itu berjaya memberi kesedaran kepada para pelajar akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masa hadapan.
Sunday, July 18, 2010
Takziah Kepada Akhi Md Razhi Sekeluarga
IKRAM Kulim mengucapkan takziah kepada Penolong Setiausaha IKRAM Kulim di atas pemergian boNda tersayang ke rahmatullah. Moga rohnya ditempatkan bersama para solehin dan diberikan kesabaran yang tinggi kepada Akhi Md Razhi sekeluarga. Moga anak soleh yang ditinggalkan itu menjadi penyambung bekalan amalan. ALFATIHAH!
AYUH ! MARI KITA PERKASAKAN IKRAM KULIM
Ikhwah dan akhawat IKRAM Kulim sekalian!
Cuba kita renung anak benih yang baru tumbuh dan penuh bersemangat yang baru keluar dari dalam tanah ini.
Begitulah agaknya analogi dengan IKRAM Kulim yang baru dimunculkan dan ahli-ahlinya cukup bersemangat untuk meneruskan dakwah ini.
Moga-moga benih yang baru tumbuh itu akan terus subur membesar dan memberi manfaat kepada seluruh alam. Sudah tentu untuk terus hidup dan subur kita perlu sirami dan bajainya sentiasa.
Untuk itu ikhwah dan akhawat sekalian, kita perlu merancang dan menggemblengkan kekuatan yang ada dengan baik dan tersusun. Teras kekuatan utama sudah tentulah tarbiah yang dipupuk melalui Usrah mingguan. Melalui usrah inilah proses penyiraman dan pembajaan berlaku. Jika usrah tidak berjalan, kesannya samalah seperti benih yang tidak disiram dan dibajai. Moga Allah sentiasa menetapkan kita di atas
jalan dakwah ini.
PENGERUSI TETAP IKRAM KULIM MENGETUAI PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA PEGAWAI SPR KEDAH
Anak Bukit- 18 Julai
Pengerusi Tetap IKRAM Kulim yang juga merupakan YDP JIM Kedah, Tn. Hj. Aminudin bin Shuib telah berjaya menyerahkan memorandum BERSIH 2.0 kepada Pengarah SPR Kedah, En. Johari di di Zon A, Aras 4, Bangunan Pentadbiran Persekutuan , Bandar Muazam Shah, Anak Bukit, Kedah Darul Aman pada jam 9.00pagi.
Beliau turut disertai oleh 15 orang ahli JIM/IKRAM yang mewakili daerah Kulim, sungai Petani, Kota Setar dan Kubang Pasu.
Memorandum tersebut yang diluluskan oleh lebih 60 NGO di bawah gabungan BERSIH 2.0 adalah bertujuan menggesa pihak SPR supaya meneliti semula perjalan pilihanraya dari segala aspek bagi memastikan PRU yang akan datang benar-benar bersih dan adil tanpa sebarang penyelewengan dan bebas dari campur tangan parti pemerintah.
AHLI IKRAM KULIM MENYERTAI ROMBONGAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SPR KEDAH
Saturday, July 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)