Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Monday, July 26, 2010
Program Multaqa Bulanan IKRAM Kulim
Antara program bulanan yang dijalankan IKRAM Daerah Kulim ialah majlis ilmu yang lebih dikenali sebagai Multaqa Ilmu. Majlis yang diadakan pada setiap Khamis minggu ketiga setiap bulan didahului dengan majlis Iftar (berbuka puasa) secara beramai-ramai. Juadah berbuka dibawa masing-masing dari rumah dan berkongsi rasa secara bersama.
Majlis yang diadakan di Pejabat IKRAM Kulim itu telah pun berjalan sebanyak 5 kali bermula dengan bulan Februari . Pengisian bulan Februari disampaikan oleh Ustaz Syazalie Hirman,ahli IKRAM SPU yang juga ahli DPN dengan tajuk Kepentingan Usrah.
Program yang dibuka kepada umum ini turut dihadiri oleh akhawat dan anak-anak termasuk pelajar IPT berdekatan yang mengikuti usrah. Antara penyampai lain yang pernah berkongsi ilmu ialah Ustaz Rahim @ Saleh bin Ramly (Hadis), Ustazah Norsham berganding dengan Ust Rahim (Forum Keluarga Duat), Ust Sobri, IKRAM Sg.Petani (Muhasabah) dan Ustaz Soid Mohd Amin , IKRAM SPU (Syamail Muhammad).
Program yang berakhir sekitar jam 10.30 malam ini diharapkan menjadi medan ilmu yang berterusan sebagai tempat mendapatkan mad'u baru. InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment