Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Tuesday, July 20, 2010
Usrah Gabungan Wanita(UGW) IKRAM Kulim
UGW IKRAM Kulim yang pertama setelah IKRAM dilancarkan telah diadakan pada 10 Julai lalu di Pejabat IKRAM Kulim, Taman Mewah.
Program yang dimulakan pada jam 3.00 petang itu telah disertai oleh 13 orang ahli usrah dari semua peringkat. Anak-anak juga turut hadir.
UGW ini yang dikendalikan oleh Ketua wanita IKRAM Kulim diisi dengan tazkirah,tayangan slaid, dan nasyid IKRAM. Para peserta telah mengalunkan nasyid IKRAM ini dengan penuh semangat sehingga ada yang menitiskan air mata bila mana mengenangkan sejarah tarbiah yang lampau.
Walaupun kehadiran tidak seperti yang diharapkan, tetapi ia mampu menyuntik semangat kepada yang hadir untuk terus memperkasakan IKRAM Kulim. Harapan KW kepada program UGW yang akan datang akan mendapat sambutan yang lebih ramai dan juga mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada ikhwah supaya mengingatkan dan menggalakkan zaujah masing-masing untuk hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam mana sy nak join usrah ikram kulim
ReplyDelete